MISI DAN VISI PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN LIAU APIN-APIN KENINGAU
MISI PSS SK.LIAU
Memberi peluang saksama kepada segenap warga Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin dengan menerapkan tabiat berbudaya keilmuan dengan menikmati semua kemudahan, perkhidmatan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran menerusi PSS yang efektif, dalam melahirkan warga yang intelektual, bermaklumat, bertamadun dan gemilang.
VISI PSS SK.LIAU
Memastikan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin mencapai tahap PSS Cemerlang dalam proses Pembestarian Sekolah dan sentiasa bersedia membudayakan keilmuan dan kecemerlangan pendidikan menjelang 2016